San Remo, Pasta Ala Malaysia
Jom baca lebih mendalam tentang San Remo ni.
Pasta San Remo telah melalui beberapa perubahan dengan kepakaran dari Chef Rose Weiss, yang bukan sahaja telah menjelajah ke seluruh dunia tetapi juga seorang hos TV popular. Chef Rose telah menggantikan sos-sos pasta yang berasaskan keju, susu dan tomato yang biasa digunakan dengan bahan-bahan tempatan seperti asam keping, belacan dan cili padi di dalam masakannya. Malah Chef Rose telah memperkenalkan dua resipi baru iaitu San Remo Angel Hair Goreng Pedas Ala Mamak dan Sup Lala Pindang dengan Elbow San Remo.
Sebagai pengeluar pasta kering terbesar di Australia, San Remo yang diasaskan pada tahun 1936, kini menawarkan 19 jenis pasta kering yang boleh didapati di Malaysia. Ditubuhkan oleh Luigi Crotti, San Remo merupakan jenama terkenal bagi kategori pasta di dalam pasaran Malaysia. Malah ia merupakan jenama pasta pilihan yang turut menawarkan rangkaian produk berkaitan pasta yang menjadi kegemaran ramai. Diperbuat daripada 100% gandum durum, pasta San Remo disahkan halal, tanpa GMO, pewarna tiruan dan pengawet. Untuk maklumat lanjut tentang San Remo dan resipi, sila ke laman www.sanremo.com.au.
San Remo diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. GBA kini menguruskan banyak jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia, dengan kebanyakannya adalah pemimpin jenama dalam kategori masing-masing.