top of page

Pengganti nasi untuk diet

Salam semuaa, okay ramai kan gegirls yang kat luar sana yang nk diet. okay sini sis nk share tips sikit, spagheti pon pengganti diet tau. Nasi putih adalah karbohidrat jenis sederhana dan bukannya karbohidrat kompleks. Disebabkan ianya bukan karbohidrat komplex, maka pengambilannya haruslah dikurangkan especially untuk mereka yang mengalami masalah berat badan.

Karbohidrat kompleks biasanya mengambil masa agak lama untuk diuraikan atau dipecahkan kepada gula. Berbeza dengan karbohidrat sederhana yang mengambil masa yang singkat untuk mengurai. Proses penghasilan gula dalam darah menjadi lebih perlahan dan akan menyebabkan tenaga dilepas secara perlahan dan berkala. Sebab itu anda akan sedar anda akan kenyang untuk tempoh yang lebih lama, tidak mudah mengantuk dan ini juga dapat mengelakkan diri anda dari mengunyah di waktu senggang. Ini dikaitkan juga dengan 'glisemik indeks'. Karbohidrat kompleks ini mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding karbohidrat sederhana.

Jadi, anda tidak perlu menganggap nasi adalah sumber karbohidrat semata-mata. Banyak lagi pengganti nasi yang tergolong di dalam karbohidrat yang anda boleh amalkan setiap hari semasa proses slimming anda.

PASTA

Dihasilkan daripada tepung, air,telur, dan garam. Ada pelbagai saiz dan jenis. seperti makaroni, spagetti, fetuccini dan lasagna. Kandungan karbohidrat adalah 40-50gm dan pengambilannya setara dengan 100gm nasi.

bottom of page