Majlis Pelancaran ‘KIMBALL’ Sos Pasta Asia Pertama Di Malaysia
Selamat Petang semuaa, sis nk share sikit tentang kimball ni haa. sesetengah orang suka makan spagheti dengan sos kimball kan? okayy sekarang ni kimball tengah bersaing sos prego. tapi dalam masakan sis, sis lebih suka pakai sos ni haa. rasanya 2 kali ganda dari sos prego. sedapp sangatt. okay meh sis nk share sikit tentang kimball ni . Kimball, salah satu jenama sos yang paling popular di Malaysia, telah melancarkan produk terbaru Sos Pasta Asia yang pertama.
Seawal tahun 70-an, Kimball telah mula melancarkan pengeluaran produk pertamanya iaitu sos tomato, diikuti dengan pelancaran sos cili. Kini, jenama Kimball sedang menikmati kedudukan sebagai salah satu jenama yang terunggul antara kalangan masyarakat Malaysia. Ini adalah kerana Kimball hanya menggunakan bahan - bahan yang bermutu dan terpilih untuk menghasilkan segala produknya.
Gabungan inovatif baharu di antara timur dan barat yang ditemui di dalam sos pasta Asia ini merupakan keluaran terbaru produk Kimball. Rangkaian sos pasta Asia ini dijangka akan menerima sambutan hangat daripada penggemar Kimball di Malaysia. Rangkaian sos pasta Asia Kimball boleh juga didapati dalam tiga bentuk perisa iaitu Tomyam, Kari dan Rendang. Konsep disebalik rangkaian inovatif ini adalah untuk memberi penjimatan masa , lebih-lebih lagi cara baru kepada pengguna dari segi penyediaan makanan dan pemasakan.